Friday, December 11, 2009

Siri Mengingati Allah - Solat Fardhu Jemaah (part 1)

Salam alayk, semoga diberi kekuatan untuk amal, dan keampunan setiap dosa. Amin. Di dalam perbincangan ini, saya khususkan buat lelaki2.

Ketika semua orang sedang mencari2 untuk mengamalkan sunnah Rasulullah, ketahuilah sunnah Rasulullah yang paling sahih dan paling agung ialah solat berjemaah. Kerana Rasulullah, sepanjang hidupnya tidak pernah meninggalkan solat berjemaah, malah sangat memberati umatnya untuk menjaga solat jemaah.

Belajar ilmu mengenai solat jemaah lebih baik daripada solat jemaah itu sendiri. Ini bersesuaian dengan amal tanpa ilmu tiada guna, kerana ilmu itu sendiri mengajar hamba2 itu beramal dgn sempurna, mengikut kehendak Allah yang disampaikan melalui RasulNya, Muhammad SAW. Hidup ini ibarat sebuah universiti kehidupan, di mana setiap hari kita akan berjumpa dengan perkara baru, ujian baru dan kita akan belajar menghadapinya. Begitu juga dalam perkara solat berjemaah yang dituntut, setiap hari kita akan berjumpa dengan pelbagai ujian dan bisikan2 syaitan yang akan mempengaruhi kita untuk meninggalkan solat berjemaah. Maka dengan ilmu2 datangnya kekuatan untuk tetap melakukan amal. Kerana, "Perasaan itu sentiasa berubah2, yang tetap hanyalah pemikiran."

Jika kita solat, namun secara bersendirian. Tidakkah kita dengar hadis Rasulullah, daripada Abdullah bin Umar r.a, "Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian." Maka, betapa ruginya kaum lelaki yang solat fardhu bersendirian.

Jika diibaratkan dengan perumpaan dunia, maka solat berjemaah itu bernilai RM27, dan solat bersendirian itu bernilai RM1. Sudah pasti, seorang yg berakal mahu mengejar nilai yang lebih besar, yakni solat berjemaah yang 27 kali lebih besar. Namun, sengaja Allah tidak menzahirkan perkara2 sedemikian supaya hamba2Nya yg beriman dapat diuji dan berfikir (baca:ganjaran pahala termasuk perkara yang ghaib). Sebagaimana firmanNya,
"(iaitu) mereka yang beriman kepada perkara ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
surah alBaqarah: 3.

Tetapi kita tidak sebegitu menghiraukan keuntungan2 yg telah dijanjikan utk amalan2 keagamaan kita. Ini boleh jadi kerana tidak lain drpd ketidak-indahan kita terhadap Allah serta janji2Nya di alam akhirat. Sayang sekali bahawa kita berusaha sekeras dan sekuat mungkin utk memperolehi keuntungan yg secebis dari dunia kebendaan ini, tetapi kita tidak sebegitu berat menjaga amalan kita bagi memperolehi keuntungan2 di alam akhirat yg akan menghasilkan dua puluh tujuh kali lebih byk untungnya dgn usaha yg sedikit. Kita kerap berhujah bahawa hendak ke masjid utk solat jemaah kita perlu tinggalkan pekerjaan kita atau terpaksa menutup kedai, dan dgn demikian rugilah perniagaan. Ketahuilah, tunjang kebijaksaan adalah ketakutan kepada Allah Azza wa Jalla.

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, "Allah berkata kepada kepada Nabi Daud, 'Wahai Daud, tahukan engkau tentang suatu perumpaan dunia? Ia laksana bangkai yang dikerumuni dan diseret oleh anjing-anjing. Adakah engkau mahu menjadi seekor anjing dan ikut bersama-sama dengan mereka yang menyeret bangkai itu?'" (hadis riwayat Madani)

Ketahuilah bahawa Allah memberi cahaya kepada orang2 yang sentiasa bertasbih kepadaNya, yakni
"Orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingati Allah, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat)"
surah anNur: 37.

"Hai anak Adam, luangkanlah waktumu bagi beribadah kepadaKu. Pasti Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku menghindarkanmu daripada kemelaratan. Sekiranya tidak, Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja dan Aku tidak menghindarkan kamu daripada kemelaratan."
Hadis riwayat atTirmizi dan ibnu Majah

Asma ul Husna yang ke 18 bagi Allah bernama arRazzak yang membawa maksud Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Apa jua benda yang ada pada manusia pada hakikatnya adalah rezeki daripada Allah SWT. Umumnya manusia berfikir yang dikatakan rezeki itu adalah makan, minum dan sebagainya. Tetapi, pengertian rezeki itu lebih luas. Sebenarnya, keperluan manusia untuk hidup sentiasa berhajatkan rezeki dan nikmat Allah bagi memenuhi ruang2 hayatnya. Berdasarkan hadis di atas, seorang yang beriman akan sentiasa meluangkan waktu untuk memurnikan hubungannya terhadap Allah SWT yakni dengan segera memenuhi tuntutan azan solat berjemaah. Mereka ini sedar, bahawa bagaimana hendak medapat rezeki yang baik, sedangkan tiada redha daripada si Pemberi. Apatah lagi mereka yang tidak suka berjemaah, apatah lagi yg tidak solat dan sentiasa melakukan maksiat. Sabda Nabi, "Sesungguhnya diharamkan rezeki seseorang lelaki itu dengan dosa yang dilakukannya." hadis riwayat ibnu Hibban. Menurut suatu ulasan daripada ulama hadis, 'diharamkan rezeki' merujuk kepada sekatan Allah terhadap rezeki non-material, contohnya kebahagiaan hidup, ketenangan dan keamanan.

Adalah diceritakan bahawa Salim Haddad (seorang pedagang dan seorang sufi besar) apabila mendengar seruan azan, wajahnya menjadi pucat dan beliau menjadi gelisah. Beliau akan segera bangun, kedainya dibiarkan lalu pergi ke masjid. Disebutkan di dalam sepotong hadis bahawa orang2 yang selalu ke masjid, akan menjadi penduduknya. Malaikat2 adalah sahabatnya, mengunjunginya ketika sakit dan menolongnya apabila melakukan kerja2nya.

Berjalan ke masjid merupakan kebaikan, di mana setiap langkah mendapat pahala dan juga menghapuskan satu dosa. Ah! Maha Penyayangnya Allah terhadap orang2 mukmin. Justeru tidak hairanlah ketika Bani Salamah (satu kaum di Madinah) berniat hendak pindah berhampiran dengan masjid kerana rumah2 mereka ketika itu jauh daripada masjid, Rasulullah SAW telah menasihati mereka dengan bersabda, "Tinggallah di mana kamu berada. Setiap langkah yang kamu langkahi ke masjid adalah dicatatkan pahala untuk dirimu." Dalam riwayat yang lain, setiap langkah akan dicatatkan pahala dan dihapuskan satu dosa. Ini merupakan hadiah pengampunan buat hamba2 yang berfikir.

Dari Abu Said alKhudry r.a, Rasulullah bersabda "Jika kamu melihat seorang biasa ke masjid maka saksikanlah oleh kamu bahawa ia beriman. Sebagaimana firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid itu, ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian." riwayat atTirmizi. Hadis ini membuktikan seseorang yang biasa ke masjid, maka sesiapa sahaja yang melihatnya dalam perjalanan ke masjid untuk solat berjemaah maka mereka ini akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

Selain daripada ganjaran pahala yang berkali ganda, solat berjemaah menjanjikan keampunan. Maka, rebutlah keampunan Allah kerana kita sentiasa terdedah dengan noda dan dosa. Di dalam alQuran, kalimah alGhafur disebut sebanyak 91kali, kalimah alGhafar 5 kali dan alGhafir disebut sekali. Ini membuktikan bahawa sifat Maha Pengampun itu amat sinonim dgn Allah. Ia menggambarkan kesediaan Allah utk memberi pengampunan kepada hamba2Nya tanpa batasan melalui amalan2 baik khususnya solat solat fardhu berjemaah dan solat taubat.

Jabir r.a menceritakan bahawa Rasulullah bersabda, "Lima kali solat setiap hari itu adalah seumpama sebuah anak sungai yang mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari." hadis riwayat muslim. Dengan berjemaah, sudah pasti penyucian dosa2 kecil yang lebih berganda2. Dosa besar tidak terampun melainkan dengan solat taubat (taubat nasuha).

Secara logik akal fikiran, jika mahu Allah melapangkan dan meluaskan apa2 yang kamu inginkan (sepertti rezeki;yang paling utama: taufik& hidayah), maka kamu hamba lebih utama melapangkan masa untuk solat berjemaah (serta ibadah2 lain) dan fikiran untuk menerima semua kata2 ini. Kerana sesungguhnya,
"Dan Allah yang menyempitkan dan melapangkan (rezeki)."
surah alBaqarah: 245

Akhir kata, setelah mengetahui. Maka segeralah untuk memulakan langkah pertama dalam mendekati Allah Azza wa Jalla, pupuklah keimanan yang tulen terhadapNya. Sheikh Ibnu 'Athaillah alSukandari berkata dalam bukunya (terjemahan: Kaifiyat Mempertajam Mata Hati dalam Mengenal Allah), "Sebahagian daripada tanda2 kejayaan di akhir tujuan itu ialah kembalinya kepada Allah Yang Maha Tinggi pada awal melangkah." Seseorang yang sedang dalam perjalanan menuju kepada Allah Taala, semestinya beribadah dan mengabdi diri kepadaNya dengan tekun. Kerana hanya dengan kenderaan ibadahnya itu, mereka akan sampai kepadaNya. Adapun orang2 yang tidak mempunyai keinginan sedikit pun utk menuju kepadaNya, mereka disebut sebagai golongan yang belum sempurna akalnya. Kerana Allah menyindir mereka dengan firmanNya,
"Katakanlah: 'Allah (yang menurunkannya). Kemudian (sesudah kamu menyampaikan alQuran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatan mereka.'"
surah alAn'am: 91.

InsyaAllah. Wallahu'alam
-----------------------
1. fadhilat solat; sheikh muhammad zakariyya alkandahlawi.
2. taubat, tasbih, tahajud; zaini ali akbar.
3. riyadhus solihin jilid 2; imam alnawawi.
4. asmaul husna, dengan namaMu aku hidup; tuan guru nik aziz nik mat.
5. Kaifiyat mempertajam mata hati dalam mengenal Allah; sheikh ibnu 'athaillah alsukandari.

Friday, December 4, 2009

Siri Mengingati Allah - Pengenalan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dengan izinNya, insyaAllah di tengah2 kesempitan bekerja dapat saya mencari kesempatan untuk membaca dan menulis. Artikel ini ditulis semata2 mencari keredhaan Allah untuk diri sendiri supaya dapat membina kekuatan dan kefahaman dalam menghambakan diri kepada Tuhan yang Maha Zat. Adapun, apa yang ditulis adalah daripada pembacaan yang sedikit, kemudian ditulis kembali kerana ilmu itu perlu diikat dengan menulis. Kelak dapat dirujuk kembali kerana kedhaifan manusia itu bersifat pelupa, ilmu2 akan hilang jika hanya berdasarkan ingatan, tanpa praktikal.

Doakan taufik hidayah daripada Allah buat diriku, dan semua umat islam agar segala ilmu dapat diamalkan dengan ikhlas. Itu adalah tujuan kita semua, terutamanya saya yang sangat lemah ini menjadi hamba yang sentiasa memaksudkan diri beribadah kepada Allah. PerintahNya, "Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan semata2 untuk beribadah kepadaKu." Tidak lupa juga, semoga Allah menjadi kita semua hamba yang zuhud, sentiasa merendah diri kepada Allah dan hamba2Nya yang mulia supaya kita dapat mencapai maksud ikhlas kepada Allah. Sesungguhnya, ikhlas adalah suatu perkataan agung yang semata2 ditujukan kepada Allah, urusan antara seorang hamba dan Tuhannya yang Maha Mengetahui. Sedangkan tiada ikhlas di dalam urusan sesama manusia, sebaliknya hanyalah kalimah kejujuran.

Allah memerintahkan hambaNya2 untuk menjadi seorang yang beriman. Kerana iman itu tinggi di sisi Allah, Tuhan yang Maha Pencipta. Dengan iman, seseorang itu dapat melakukan ibadah dengan mudah, kerana jika diibaratkan manusia itu sebuah kereta. Ilmu adalah stereng yang memandu ke jalan yang betul dan iman ibarat bahan api yang menentukan kereta itu dapat bergerak laju atau perlahan. Adapun, tanpa bahan api, kereta itu sudah pasti tidak mampu untuk bergerak, dan tanpa stereng pun sudah pasti tidak boleh memandu dengan betul.

Allah SWT memberi pahala kepada hamba2Nya yg mukmin sebab kebaikan yg dilakukannya dan pemberian pahala ini adalah atas dasar kemurahan, kemuliaan dan telah berkewajipan melakukan perkara itu, sebab tidak ada seorang pun yg dapat mewajibkan sesuatu kepada Allah untuk dilakukan dan tidak tergambar sedikit pun sesuatu penganiayaan yg datang daripadaNya.

Demikian pula tidak ada suatu hak yg merupakan kewajipan untukNya terhadap seseorang, sebab hakNya untuk ditaati adalah kewajipan ke atas seluruh makhluk. Kewajipan ini disampaikan dengan penjelasan para Nabi2Nya a.s bukan hanya sekadar dengan kemahuan akal fikiran. Untuk urusan ini, Allah mengutuskan para Rasul dan diberikan bukti kebenaran mereka dengan mukjizat yg nyata.

Para Rasul itulah yang menyampaikan kepada umatnya apa2 yang menjadi perintah Allah, laranganNya, janji serta amaranNya. Oleh kerana itu, semua makhluk wajib membenarkan apa yang mereka bawa dan mereka ketengahkan itu.

InsyaAllah, untuk permulaan saya akan menulis perihal2 solat berjemaah dan kepentingannya. Berdasarkan petikan daripada buku2 dan majlis ilmu. Bersama itu, saya berta'awuz (pohon perlindungan) kepada Allah yang Maha Pencipta daripada bisikan dan pahaman yang salah daripada syaitan yang sentiasa menyesatkan, kerana "Syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh2nya." (surah anNisa: 60). Segala rujukan akan saya nyatakan dan harap dapat diperbaiki oleh sesiapa2 yang lebih faham akan hal tersebut, supaya terhindar daripada salah faham, "Jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu yang menghalang kamu daripada mentaati Allah." (surah Luqman: 33).

Saya akan pecahkan tajuk kepada beberapa part diselangi beberapa hari utk mengelakkan pembacaan yang terlalu panjang, dan memberikan masa untuk proses pemahaman terutamanya buat diri saya sendiri. Di samping itu, dapat memberi masa untuk saya membaca, merujuk kepada ahli atau buku2, memahami, dan menulis. Adapun, saya tidak mampu untuk merujuk kitab2 agung tulisan ulama' besar islam disebabkan kelemahan saya, sekadar merujuk buku syarahan2 alim ulama' berdasarkan hal tersebut. Saya perlu membacanya berulang2 kali, supaya ilmu2 dan kisah2 itu dapat mengukuhkan sanubari saya dalam berjuang pada jalanNya. Seorang ahlullah, Junaid rah.a ditanya perihal sedemikian, lalu dikuatkan kata2nya dgn firman Allah,
"Dan segala yang Kami ceritakan kepada engkau iaitu sebahagian dari cerita Rasul2 yang dapat memperteguhkan hati engkau. Dan di dalam cerita ini engkau mendapat kebenaran, serta pengajaran dan peringatan untuk orang2 yang beriman."
surah Hud: 120.

Kitab2 agama dan kisah2 orang yang takutkan Allah tidak memadai hanya dengan sekali baca, sebaliknya perlulah diulang2 pembacaannya untuk mendapat faedah yang benar darinya. Abu Sulaiman Darani rah.a menulis, "Aku hadir ke suatu majlis ilmu. Syarahannya berkesan terhadap diriku, tetapi hanya sehingga aku bangun daripada majlis itu. Setelah itu, aku pergi majlis itu buat kali kedua, dan kali ini kesannya pada diriku kekal sehingga aku pulang ke rumahku. Kemudian, aku pergi buat kali ketiga, dan kali ini kesannya kekal dalam diriku sehingga aku masuk ke dalam rumah dan terus aku hapuskan segala asbab2 maksiat yang menjauhkanku daripada Allah dan dapat mencari keredhaanNya."

Wallahu'alam. maksud ilmu adalah untuk diamalkan. InsyaAllah. Semoga Allah menerima amal2 kita. Amin.
----------------------------
-intisari ihya ulumuddin, akidah ahli sunnah wal jamaah. imam alghazali.
-fadhail 'amal, fadhilat solat, kisah2 para sahabat. sheikh muhammad zakariya alkandahlawi.
-taubat, tasbih, tahajud. zaini ali akbar.
-saya mengalu2kan sebarang teguran dan maklum balas.

Thursday, November 26, 2009

Part 3 - Musuh Kepada Cinta

Inilah jalan yang benar, jalan siratulmustaqim. Maka setiap perjalanan yang suci itu tidak akan diperolehi dengan jalan yang mudah. Sesungguhnya, terdapat syaitan yang berusaha untuk menyesatkan hamba2Nya daripada keyakinan, kecintaan dan jalan yang lurus. Firman Allah,
"Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh. Syaitan itu hanya mengajak manusia menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."
surah alFathir: 6.

Iblis berkata kepada Allah,
"kerana Engkau menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalang mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian, pasti aku mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Engkau mendapati kebanyakan daripada mereka tidak bersyukur kepadamu."
surah al'Araf: 16-17.

Oleh kerana musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut 'mood'. Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hingga malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad sekalipun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.

Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujadah sekali-sekala, ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor. Sudahlah jarang dicuci, kotoran yang terpalit makin banyak, hari demi hari. Begitulah hati, jika malas 'dibasuh' dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi. Abu Hurairah melaporkan Nabi Muhammad berkata,

"Ketika seorang hamba melakukan dosa, timbul satu noktah hitam di hatinya. Apabila dia terus berbuat dosa, noktah hitam itu semakin banyak lalu menutup hatinya sehingga ia menjadi karat."
hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi.

Kemudian, Nabi menyambung dengan firman Allah,

"Apa yang mereka kerjakan itu menutupi hati mereka."
surah alMutoffifin: 14.

Karat yang menutup hati manusia daripada kecintaan kepada Allah dan menghalang seorang hamba daripada kebenaran alHaq serta ilmu2Nya, disebabkan daripada empat perkara:
1. Harta dunia.
2. Hawa nafsu.
3. Iblis.
4. Syaitan.

Oleh itu, prinsip asas dalam mujahadah adalah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam 'peperangan' dengan syaitan. Jika kita tidak bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk yang kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka.

Ya Allah, berilah kami keselamatan dan ketenangan bersamaMu. Lalu mereka berkata,
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka."
surah alBaqarah: 201.

wallahu'alam...
---------------------------
terlalu sedikit usahaku berbanding mereka ini:
-fath rabbani, sheikh abdul qadir aljailani.
-hikam tasauf, sheikh ibnu athoillah alsukandary.
-penjelasan daripada guru ilmu tasauf dalam majlis ilmunya, ustaz kamal.
-fadhail amal, sheik muhammad zakariya alkandahlawi.
-ihya' ulumuddin, imam alghazali.
-40 senjata iblis berserta bala tenteranya, abu ahmad yasin.
-taubat, tasbih, tahajud, zaini ali akbar.
-riyadhus solihin, imam nawawi.
-kata-kata hikmah jadilah orang paling bahagia, dr. 'aidh abdullah alqarni.

Part 2 - Apabila Hati Sudah Mencintai

Ketahuilah, Allah itu Maha Mengkehendaki terhadap segala benda yang wujud, Maha Pengatur segala yang terjadi, maka tidak sesuatu pun yang berlaku di dalam kerajaan& pemerintahanNya, melainkan semuanya itu pasti sebab ditetapkan dengan qada' dan takdirNya, dengan kebijaksaan& KemahuanNya. Oleh sebab itu, apa sahaja yang dikehendakiNya tentu terlaksana& apa yang tidak dikehendakiNya tentu tidak terlaksana dan tidak ada yang dapat menghalang keputusan yang ditetapkan olehNya. Tidak suatu makhluk pun yang dapat menyalahkan hukumanNya.

Maka, orang2 yang bertakwa itu dikurniakan Allah kerana darjat mereka suatu kefahaman yang amat sukar difahami oleh orang2 biasa. Yakni mereka, memandang yang banyak itu adalah satu sahaja. Dan yang satu itu adalah banyak. Adapun yang banyak itu ialah kurniaan Allah buat hamba2Nya yang bukan kepada mereka seperti kekayaan, kemewahan dan kesenagan. Tetapi mereka menangkis dengan bersungguh2 semua itu dengan kecintaan hanya kepada Allah yang satu. Kemudian kerana kecintaan itulah, lahirlah yakin bahawa Allah yang satu berkuasa untuk melakukan segala2nya di atas muka bumi ini. Golongan ini meyakini segala kesenangan dan kemewahan paling agung di dunia ini hanyalah 1 peratus daripada nikmat Allah. Dan ketahuilah, bahawa nikmat yang 99 peratus itu hanyalah buat ahli syurga, yakni buat hamba2 yang dikasihiNya.

Sheikh Ibnu Athoillah alIskandary merupakan seorang sufi menulis di dalam kitabnya, Hikam Tasauf, "Apabila hati telah mencintai Allah, maka aku tidak peduli lagi pahala daripada setiap ibadahku." Ahli sufi menukilkan, "Hanya Engkau(Allah) aku maksudkan(setiap amalan), dan redhaMu ku cari."

Hafiz Ibnu Hajar rah.a menulis dalam kitabnya alMunabbihat, bahawa Yahya b. Mu'adz rah.a (seorang ahlullah) sering berkata di dalam munajatnya:
"Wahai Tuhanku, malam tidak akan rasa enak kecuali dengan bermunajat kepadaMu. Siang tidak terasa enak kecuali dengan mentaatiMu. Dunia tidak terasa enak kecuali dengan menyebut namaMu. Akhirat tidak akan terasa enak kecuali dengan ampunanMu (terhadap dosa2 saya). Dan syurga tidak akan terasa enak kecuali dengan memandang wajahMu (Yang Maha Indah)."

Golongan ini adalah mereka yang sentiasa ingin melakukan kebajikan dalam percakapan dan perbuatan mereka, serta membenci maksiat dan kelekaan. Tidakkah kamu dengar Rasulullah bersabda,
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah, dia adalah hati" hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sheikh Abdul Qadir alJailani dalam syarahannya, menerangkan betapa pentingnya mentaati syariat Allah dalam perjalanan hati yang suci bersih. Beramallah kamu dengan amalan zahiriyyah yang nyata bagaikan dakwat hitam di atas kertas yang putih, sehingga membawamu kepada mengamalkan amalan batin dalam urusan ini. Jika kamu mengamalkan amalan zahiriyah, maka ia akan mendatangkan kefahaman bagimu terhadap perkara2 batiniyah, kemudian ia meresap ke dalam hatimu dan mempengaruhi jiwamu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwamu dan mempengaruhi lisanmu, kemudian ia meresap ke dalam lisanmu dan kamu sampaikan ia kepada manusia. Demikian alirannya terus menerus secara berulang2, untuk kemaslahatan dan kemanfaatan manusia sejagat.

Diceritakan bahawa Rabi' Haitsam rah.a selama 20 tahun beliau menulis semua ucapannya pada sehelai kertas, lalu pada malam harinya beliau muhasabah, berapa banyakkah ucapan yang penting dan berapa banyakkah yang tak penting.

Tahukah kamu bahawa untuk mencintai Allah itu memerlukan beberapa syarat yang mesti dipenuhi. Sebahagian daripada syarat2 itu yang paling utama ialah sentiasa mentaatiNya, merasa tenteram bersamaNya serta tidak merasa senang di sisi selainNya. Tidak pula merasa keberatan untuk tetap bersamaNya. Apabila cinta kepada Ilahi itu telah mantap dan tersemat dalam di dalam hati hambaNya, nescaya hamba itu akan merasa tenteram bersamaNya dan membenci segala sesuatu yang boleh melalaikan daripadaNya.

Hati yang menuju Allah itu melalui tahap2 singgahsana bergantung kepada seberapa dalam kesedaran dirinya pada kepentingan perjalanan kecintaan itu. Kerana dia memerlukan tindakan asSawab yakni menyucikan hati daripada sifat2 mazmumah yang mengotorkan hati, supaya terhasil suatu hati mutmainnah yang dapat mengetahui rahsia Allah. Mereka ini sentiasa hidup dalam berzikir dan bertaubat kepada Allah setiap masa di samping mengukuhkan sifat2 sabar, syukur dan redha dalam diri mereka. Adapun ketaubatan itu tidak sama dengan bagaimana mengukuhkan taubat itu.

Hati yang suci dan benar pada tuhannya dapat menyingkap hijab daripada hati manusia. Hati yang mencapai darjat mukasyafah dapat menerima hidayah dan ilmu Allah sehingga dia dapat menerima kebenaran mutlak dan perkara2 yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Terjalinnya hubungan yang lembut dan penuh kasih sayang di antara hati seorang hamba dengan Allah, seakan2 hati hamba itu melihat sifat2 kesempurnaan Allah dan keagungannNya sehingga rohnya berupaya melihat jalan yang khusus menuju ke sisiNya. Suatu proses, alYaqzoh, yakni bangkitnya hati daripada tidur yang lelap, hati yang lalai dan bersikap acuh tidak acuh pada kehidupan sesudah mati. Mereka akan memulakan perjalanan menaiki tangga al-'Azm, iaitu keinginan yang kuat dan teguh serta tekad yang bulat bagi meneruskan perjalanan itu. Segalanya di dalam keizinan Allah seperti firmanNya,
"Apabila engkau membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah" surah alImran:159.

Maka Allah akan memberikan hidayah yang ingin berjalan menujuNya, sehingga mereka mempunyai pandangan yg satu, yakni alFikrah. Pandangan hati seorang hamba yang hanya tertuju kepada tujuan yang satu iaitu Allah, sekalipun mereka belum mempunyai gambaran yg jelas tentang jalan yang mesti mereka lalui bagi mencapat tujuan itu.

Apabila seorang hamba menerima alFikrah yg benar dan diredhai Allah, maka akan dikurniakan buat mereka suatu hidayah berupa basyirah iaitu cahaya dalam hati hamba itu bagi melihat kembali janjinya kepada Allah. Mati hati seorang hamba menjadi tajam sehingga mereka berupaya melihat secara jelas janjinya dgn Allah dan ancamannya apabila mereka lalai, sesuai dengan kehendak Allah. Adapun basyirah yang sempurna dapat menjangkau dan melihat 3 perkara,
1. asma dan sifat Allah
2. perintah dan larangan daripada Allah
3. kenikmatan dan keseksaan daripada Allah

Sheikh abdul qadir aljailani menjelaskan, "Apabila engkau telah sampai atau tahap ini, maka dunia dan akhirat akan datang kepadamu sebagai pelayan, tanpa adanya rasa kesusahan. Capailah pintu alHaq dan tetaplah engkau berdiri di sana. Apabila engkau tetap di sana, maka akan nyatalah bagimu beberapa seruan atau bisikan, sehingga engkau akan mengetahui dan membezakan antara bisikan nafsu, bisikan hawa, bisikan hati, bisikan iblis dan bisikan malaikat. Inilah yang dikatakan dengan bisikan yang benar dan bisikan yang batil.

Pelajarilah satu demi satu bisikan2 tersebut, sehingga engkau mengetahui tanda2nya. Apabila engkau telah sampai ke maqam ini, maka akan datang bisikan(ilham) daripada Allah untuk membimbingmu berkenaan dengan kesopanan, keteguhan, tegak dan dudukmu, gerak dan diammu serta perintah dan larangan buatmu." Sesungguhnya Rasulullah bersabda,

"Siapa yang menjadikan dunia ini sebagai terminal akhir cita-citanya, pasti Allah menyusahkan urusannya, menjadikan kepapaan menghantui dirinya dan dia hanya mendapatkan harta duniawi seperti yang ditetapkan Allah baginya. Sebaliknya, siapa yang menjadikan akhirat sebagai puncak cita-citanya, Allah memudahkan segala urusannya dan mewujudkan kepuasan dalam hatinya. Sementara itu, dunia akan tunduk kepadanya." riwayat Ibnu Majah.

wallahua'lam.. nantikan sambungan part 3
-------------------------
rujukan pada part 3

Wednesday, November 25, 2009

Part 1 - Kecintaan..

Salam, jadilah orang yang bahagia dengan kecintaan yang benar...

Wahai hamba, dalam mencari harta dunia, janganlah kamu bertindak bagaikan orang yang sedang mencari kayu api di waktu malam hari, yg tidak pernah mengetahui apa yg terpegang oleh tangannya. Sementara ia berada berada di suatu hutan belantara yang mempunyai banyak jurang dan serangga pembunuh yakni tipu daya dan pelbagai cubaan dunia. Oleh itu, carilah kayu api itu pada waktu siang, kerana sesungguhnya sinaran mentari tauhid, syariah dan ketakwaan dapat mencegahmu daripada sesuatu yg boleh membahayakan dirimu.

Janganlah kamu tergesa2 di dalam segala hal, meskipun dalam mencari cinta Tuhan. Kerana sikap tergesa2 itu sering menimbulkan kekeliruan dan kesalahan. Ibarat petir di waktu malam yang gelap, menerangi kegelapan itu seketika. Setelah hilang petir itu, gelap lah semula seperti sedia kala. Barangsiapa yg melakukan sesuatu dgn perlahan2, maka ia menemukan kebenaran atau ia akan mendekati kebenaran. Tergesa2 adalah dari syaitan, dan perlahan2 itu adalah dari Allah Ta'ala. Pupuklah iman itu sehingga tercapai keyakinan dan kefahaman yang benar, maka ia akan menerangi seluruh hidupmu.

Iman itu terbahagi kepada 5 tahap:
1. Iman taklid.
2. Iman ilmul yakin
3. Iman 'Ainul yakin
4. Iman Haqqul yakin
5. Iman Kamalul yakin.

Adapun Iman Kamalul yakin merupakan darjat keimanan yang paling tinggi yang hanya tercapai oleh para rasul dan anbiya'. Mereka ini sentiasa dekat kepada golongan muqarrabin iaitu malaikat yang maksum dalam ketaatan kepada Allah. Maka darjat Haqqul yakin itu dapat dicapai dengan beberapa syarat yang mesti dilalui dalam perjalanan menuju kecintaan kepada Allah dan hanya mendekati orang2 yang soleh, muttaqin dan siddiqin. Persahabatan dengan keburukan hanya akan menjadikan kamu orang2 yang berprasangka buruk kepada kebaikan.

Firman Allah, "Sesungguhnya, yang paling takutkan Allah di kalangan hambaNya ialah ulama'". Pepatah melayu, 'Tak kenal, maka tak cinta.' Begitulah sunnatullah, bagaimana mahu mencintai, jika tidak mengetahui keistimewaan, kemanisan dan keagungan Allah? Segalanya adalah perkara ilmu dan pengetahuan tentang makrifatullah. Ahli sufi menulis, "Kenal diri, maka kenal Allah." Sebagaimana ahlullah meyakini bahawa apa yg mereka lakukan adalah dengan izin Allah.

Adapun ulama' menjelaskan izin Allah itu adalah 3 perkara, yakni kudrat, iradat dan ilmu. Berkata pujangga arab, "Jika tidak memiliki, kamu tidak mampu untuk memberi." Jika tidak memiliki pengetahuan, bagaimana hendak menzahirkan kecintaan kepadaNya, dengan ibadah2 yang sempurna. Mereka memahami bahawa segala gerak geri dan perlakuan adalah pinjaman daripada sifat Allah. Sebagai contoh, Allah itu berkata2, maka manusia pun dipinjamkan sifat itu dengan pinjaman yg Maha sedikit sehingga mereka mampu untuk berkata.

Namun, Allah itu Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, Maha Dahulu yang tiada permulaanNya, kekal wujudNya yang tiada penghabisan, Maha Kekal, tidak binasa sama sekali. DIa tidak akan hilang dan tidak akan lenyap, bersifat dengan segala keagungan. Tidak akan musnah atau terputus sekalipun dengan berlalunya waktu. Sedangkan hamba2Nya melalui suatu proses kefanaan, yakni Allah menarik sedikit demi sedikit apa yang dipinjamkan buat manusia sebagaimana seorang tua, yang semakin tidak elok penglihatan dan pendengaran mereka, badan menjadi lemah dan umur menjadi dekat kepada kematian.

Sesungguhnya, orang yang bertakwa, tidak akan merasa berat untuk melakukan ibadah kepada Allah secara batiniyah atau zahiriyah kerana melakukan amal itu sudah menjadi watak mereka. Kefahaman terhadap kemakrifatan telah membuatkan mereka ini bukan sesiapa melainkan hanya untuk beribadah kepada Allah seperti firmanNya,
"dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan semata-mata untuk menyembahKu." surah azZariyat: 56

Kemudian hati akan bertanya, bagaimana hendak menjadi orang yang sentiasa beribadah kepada Allah. Sedangkan solat yang wajib adalah pada waktu yang tertentu, dan bagaimana hendak solat sunat di tengah kesibukan hendak mencari nafkah keluarga. Ingatlah, hati orang yang mencintai akan sentiasa memenuhi dan melayani orang yang dicintai. Apabila datang kesusahan untuk menunaikan kecintaan mereka, lalu mereka bersungguh2 utk terus memupuk cinta itu.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami."
surah alAnkabut: 69

Lalu diberikan ilham daripada Allah untuk mereka segera mempelajari alSunnah dan perlakuan baginda Rasulullah. Kemudian, dengan kecintaan yang kukuh, mereka mengamalkan segala sunnah2 baginda di dalam kehidupan sehingga setiap perbuatan, percakapan dan pakaian tidak keluar dari sunnah kekasih Allah di samping menjaga amalan syariat dengan bersungguh2. Dengan rahmat daripada Allah, dikurniaankan setiap perlakuannya menjadi ibadah dan dilapangkan dada mereka seperti firmanNya dalam hadis qudsi:

"Hai anak Adam, luangkanlah waktumu bagi beribadah kepadaku. Pasti Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku menghindarkanmu daripada kemelaratan. Sekiranya tidak, Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan kerja dan aku tidak menghindarkan kamu daripada kemelaratan."
hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah.

Berjalanlah di bawah naungan kitabullah dan sunnah RasulNya, nescaya kamu akan berbahagia.

wallahu'alam.. insan yang belajar. nantikan part 2& 3 dalam selang 3 hari..
rujukan pada part 2

Saturday, November 21, 2009

Wahai hati, perkara yang perlu kamu tahu.

Salam..
Wahai hati, duduk dan tetaplah kamu mendengar kata2ku sehingga akhir. Aku(akal) mahu perdengarkan ini kepadamu:

"Abu Musa r.a berkata: Rasulullah bersabda: Jika mati seorang anak, maka Allah bertanya kepada malaikat: Kamu telah mengambil roh dari putera hamba-Ku? Jawab mereka: Ya. Kamu telah mencabut roh daripada buah hatinya? Jawab mereka: Ya. Lalu berkata apakah mereka? Jawab malaikat: Ia hanya memuji padaMu dan membaca Inna lillah wa inna ilaihi roji'un. Maka firman Allah: Bangunkan untuk hambaKu itu sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu BaitulHamdi." riwayat atTirmizi

kerana Allah itu Maha Luas PengetahuanNya. Maha Mulia dan Pengasih Allah sesekali tidak akan mencipta sesuatu untuk keburukan hamba2Nya.

"Abu Hurairah berkata: Rasulullah bersabda: Allah berfirman: Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKu yang beriman, jika Aku mengambil kekasihnya di dunia, kemudian ia redha dan berserah kepadaKu melainkan syurga." riwayat Bukhari.

Diberikan sesuatu ujian dalam hidupmu supaya kamu lebih bersedia terhadap ujian yang mendatang. Supaya hati dan nafsu kamu tunduk terhadap ketetapan dan takdir Allah. Supaya nafsu kamu tidak dijadikan raja di dalam hati, sehingga aku mampu mendidik kamu seperti sekarang. Membisik perkara kebenaran kepadamu supaya kamu tidak lalai dari kebenaran. Supaya kamu ketemu kecintaan yang sebenar dan hakiki. Supaya kamu mengetahui apakah itu hidup dan apakah itu kehidupan. Kamu redha dengan ujian Allah taala dan bersabar atas ujian itu sehingga datang perubahan daripada Allah. Orang beriman akan disibukkan oleh Allah dengan suatu ujian.

"Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan hasil kekayaan, kehilangan jiwa (kematian), dan kekurangan makanan. Dan sampaikanlah khabar gembira pada orang-orang yang sabar." surah alBaqarah: 155

"Kami (Allah) pasti akan menguji kamu sehingga nyata dan terbukti mana satu pejuang dan mana yang sabar daripada kamu." surah Muhammad: 31

Yang pasti wahai hati, kamu sedang berada di dalam perjalanan menjadi kekasih Allah. Allah mengingatimu, maka diberikanNya sedikit ujian buatmu, dan ujian2 yang bakal mendatang. Sehingga kamu menjadi mukmin yang sejati, kerana seorang mukmin, semestinya berkeyakinan Allah tidak akan mengujinya dengan sesuatu, kecuali untuk kemaslahatan yang akan mengiringi ujian itu. Mungkin kemaslahatan itu akan diperolehinya di dunia, atau mungkin di akhirat.

"Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah saw: Siapa yang dikehendaki oleh Allah padanya suatu kebaikan (keuntungan) maka diberinya penderitaan." riwayat Bukhari.

Wahai hati, aku berpesan kepadamu dengan suatu pesanan yang sangat penting. Iringilah keredhaan itu dengan keikhlasan, sedangkan aku(akal) berada di suatu tubuh yang sama denganmu. Aku mengetahui apa yang kamu rasa. Janganlah kamu mempersoalkan ketentuan Allah dengan perlakuan, lidah(percakapan) dan meskipun dengan hati. Mahupun dengan maksiat yang hanya menghinakan dirimu. Tundukanlah perasaan itu sehingga ia lumat, lalu hancur. Kemudian buanglah jauh2 di tengah lautan yang dalam dan berarus deras.

Ketahuilah, sabda Nabi

"Jika seseorang hamba mengunci semua pintunya, menutup semua tirainya, bersembunyi daripada manusia dan bersunyi-sunyi dengan kemaksiatan kepada Allah 'Azza wa Jalla. Maka Allah berfirman: 'Wahai anak Adam, kamu jadikan Aku sehina-hina yang melihat kepada engkau."

Ah, pedih...

***************
Seorang yang sentiasa lunak tutur katanya, sabar hati dan tenang perilakunya, sesungguhnya dia adalah seorang yang menjadikan dirinya mahal. Kerna semua itu tidak diperolehi dengan mudah, terlalu banyak perjalanan hikmah yang ditempuhi sehingga dia menjadi betul2 faham dengan kehidupan dan dirinya sendiri.

"Ibnu Mas'ud r.a berkata: Bersabda Rasulullah saw. Sukakah saya beritahukan padamu orang yang diharamkan masuk neraka? Bersabda Nabi: Neraka itu haram atas sesiapa yang lunak, ringan, tenang dan baik budi." riwayat atTirmizi.

Kelak, apabila datang seorang wanita yang menginginkan kamu sebagai suaminya, katakanlah kepadanya.

Ketahuilah, dalam sejarah hidupku, aku punya seorang wanita yang sentiasa menjadi pujianku. Kebaikannya dikenang selama2nya, tidak pernah luput. Walaupun dia telah tiada di sisiku, mahupun di dunia ini. Kerna aku meyakini bahawa, setiap kebaikan yang kita sebut2 akan menjadi saksi kebaikannya di dunia ini.

"Anas r.a berkata: ketika ada jenazah datang, maka sahabat-sahabat memuji mayat itu atas kebaikan kelakuannya. Maka Nabi bersabda: 'Wajabat (pasti baginya).' Kemudian ada jenazah yang lain datang dan orang-orang menyebut-nyebut kejahatannya. Nabi pun bersabda: 'Wajabat.' Maka Umar alKhatab bertanya: Apakah erti Wajabat? Jawab Nabi SAW: 'Itu tadi kamu memuji kebaikannya maka pasti ia masuk syurga. Dan yang ini kamu sebut kejahatannya, maka pasti ia masuk neraka. Kamu sebagai saksi Allah di atas muka bumi ini.'" riwayat Bukhari, Muslim.

Justeru, aku mahu terus berbakti kepadanya, sebagaimana saranan ahli ilmu kepadaku
1. doakannya
2. tunaikan janji2 yang tak tertunai semasa hidup.
3. hormati sahabat2nya
4. eratkan persaudaraan dengan keluarganya

"Seorang dari bani Salamah datang dan bertanya kepada Nabi: Ya Rasulullah, apakah masih ada jalan untuk berbakti terhadap kedua ayah bondaku sesudah matinya? Jawab Nabi: Ya. Menyolatkannya atasnya, dan membacakan istighfar untuk keduanya, dan melaksanakan janji (wasiatnya) dan menghubungi keluarga yang tidak dapat dihubungi, melainkan kerana keduanya, dan menghormati teman-teman keduanya." riwayat Abu Dawud.

atau dengan kata lain, sudikah kamu wahai wanita menjadi isteri keduaku?...
kerana tanggungjawabku kepadanya dan keluarganya masih diteruskan selama mana badanku masih dikandung hayat. Mengertilah..

wallahu'alam. Allah jualah mengetahui setiap perkara atas diriku.

-----rujukan-----
- riyadhus solihin. alImam Nawawi
- fathu rabbani, wasiat dan nasihat kerohanian, Sheik Abdul Qadir alJailani.
-alQuranulKarim.
~pembaca sekalian, jika ada apa2 yang kalian nampak silap, silalah tegur..

Saturday, November 14, 2009

wahai hati, mahukah engkau mendengar kisah daripadaku

Wahai hati,
Mahukah engkau mendengar cerita daripadaku.

Situasi 1:
Kamu punya seorang anak kesayangan yang bijak, baik paras rupa, berakhlak baik serta sentiasa menyenangkan hatimu.Apabila membesar, dia menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dalam darjah. Sentiasa naik ke pentas bersamamu untuk menerima anugerah daripada pihak sekolah di atas kecermelangan akademiknya. Sehinggalah dia menjejakkan kaki ke menara gading. Lebih menggembirakan kamu apabila si dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saban tahun di sana, dia memiliki segulung ijazah yang sangat bermakna. Berpuluh-puluh gambar semasa dia di sana dan Graduation Day dihantar ke ibu dan ayah, yang membuatkan hati mereka berbunga-bunga dan sangat berbangga. Senyumnya adalah senyum mu. Namun, apabila si dia hendak pulang ke tanah air, dengan ketentuan Allah, berlaku kemalangan yang menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian. Apakah perasaan kamu ketika itu, wahai ibu dan ayah?

Situasi 2:
Kamu sudah berumahtangga dengan seorang isteri pilihan yang berjaya menawan hatimu. Di awal perkahwinan adalah saat-saat manis buatmu bersama pasangan tercinta. Kemudian, hari yang berlalu membuatkan kamu dan si isteri seperti mahu menimang cahaya mata untuk mengikat kasih sayang kamu berdua. Ah, indahnya dapat menimang seorang bayi kecil yang comel. Namun, hari yang dinantikan tidak berkunjung tiba. Setelah tahun demi tahun, si isteri masih tidak hamil walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Akhirnya, dengan ketentuan Allah setelah 10 tahun bersabar, akhirnya si isteri hamil utk anak yang pertama. Kamu rasakan 9 bulan seperti terlalu lama, untuk menyambut bayi tersebut, indahnya. Kemudian, saat-saat yang dinantikan telah tiba, lahirlah seorang anak milikmu di pagi hari. Kamu menimang bayi itu penuh kelembutan lalu berkata, "demi Allah, akan ku curahkan sepenuh kasih sayang ku terhadapnya". Namun, dengan ketentuan Allah, berlaku komplikasi pada organ si comel menyebabkan dia mati pada waktu petang, pada hari yang sama. Kesabaran sepuluh tahun hanya dapat dikecapi tidak sampai 24jam. Apakah perasaan kamu ketika itu, wahai ibu dan ayah?

Situasi 3:
Berkata Allah kepada Izrail, "Pergilah kamu pisahkan seorang anak daripada bapanya." Lalu, Izrail pergi melata di muka bumi Allah mencari siapakah yang harus dipisahkan. Akhirnya, beliau berjumpa dengan seorang lelaki, dicabut nyawanya lalu berpisahlah si anak daripada bapanya. Apabila Izrail kembali kepada Allah, Allah bertanya "Siapakah lelaki tersebut (yang dicabut nyawa, Allah Maha Mengetahui, tetapi sengaja mahu menguji malaikatNya)?". Malaikat menjawab, "Dia merupakan seorang anak kesayangan bapanya. Sifat-sifat yang baik, membuatkan dia sangat dikasihi oleh si bapa." Kemudian, Allah memerintahkan Izrail turun ke bumi untuk melihat apakah yang diperkatakan oleh si bapa apabila kehilangan anak kesayangan yang sangat dikasihi. Lalu malaikat turun dan melihat, kembali kepada Allah."Apakah yang dikatakan oleh si bapa?" tanya Allah S.W.T.(semua adalah dalam pengetahuan Allah, tetapi mahu menguji hambaNya). Jawab Izrail, "MasyaAllah, tatkala aku telah mengambil nyawa anak kesayangannya, dia memuji-muji ketentuanMu, Ya Allah. Dia bersyukur dengan ujian-ujianMu. Tidak sedikit pun dia mempersoalkan kekuasaanMu."

Allah berkata, "Ketahuilah, wahai Izrail. Baginya, Aku binakan sebuah rumah di syurga yang dinamakan Baitul Ham (rumah kepujian) yang kelak dia kekal bahagia di dalamnya buat selama-lamanya."

Post situasi:
Bersabarlah wahai hati yang diuji. Ingatlah, apabila kamu berasa sedih di uji, masih ada orang lain yang lebih teruk ujian Allah ke atasnya. Ketahuilah, apabila kita redha dengan ketentuanNya, pasti ada balasan yang sangat baik buat kita. Itulah janji-janji Allah yang Maha Adil. Hendaknya, dengan ujian-ujian itu membuatkan kamu lebih mengerti kekuasaan Allah.

"Sesiapa yang bersabar Allah akan melipat gandakan (pahalanya), sesiapa yang menderhakai Allah akan menerima azabnya." - hadis riwayat Imam Baihaqi

"Islam merupakan jawapan kepada 3 persoalan: 1. Dari mana kita datang 2.Kenapa kita didatangkan 3.Ke mana kita pergi selepas didatangkn." -Karimzaidan.

Jadilah kamu seorang mukmin yang dia tidur sebagaimana tidurnya suatu kaum, makannya sebagaimana umumnya mereka makan, ia mengalahkan pembicaraannya dan memilih bersikap bisu sebagai budayanya. Apabila, telah capai suatu tahap meyakini dengan keyakinan yang benar bahawa segalanya adalah takdir, maka kamu akan merasakan hanya dengan takdir Allah sahaja yang mampu membuat kamu berkata-kata. Dengan sedemikian, apakah terdetik lagi untuk berkata sesuatu yang sia2 dan berpanjang angan2?[1]

wallahu'alam..insan dhaif.

----------
[1] fath rabbani, sheikh abdul qadir aljailani.

Tuesday, November 10, 2009

Kadang-kadang

Aku selalu fikir,

Aku adalah seorang pembunuh.

Aku adalah penyebab masalah.

Aku seorang yang bodoh.

Aku tercicir segala2nya.

Aku adalah seorang anak yang derhaka.

Aku adalah insan yang tidak mengenang jasa.

Aku adalah insan yang lemah segala aspek.

Aku seorang lelaki yang kuat menangis.

Aku seorang yang pemalas dan tak berguna.

Malam, hadirmu membawa kesunyian dan kegembiraan buat yang keletihan. Sedangkan aku menderita. Cepatlah hadirnya siang, supaya aku tidak ketakutan dengan perasaan ini lagi.


Kerana aku mengharap dunia. Aku mahukan kebahagiaan yang cepat. Hati yang tidak sabar.

Akal, berilah satu kisah yang mampu menggembirakan hatimu.

*****************

Wahai hati, apabila engkau mahu mendengar syarahanku, buanglah segala kesedihanmu dan datanglah kepada aku dengan keadaan yang terbuka dan kosong. Jadilah engkau ibarat seekor burung yang datang kepadaku dengan perut yang kosong dan pulang dengan perut yang kenyang. [1]

Ketahuilah,

Dia (Allah) Maha Mengetahui segala sesuatu, meliputi segala perkara atau peristiwa yang terjadi, mulai dari dasar tanah hingga ke puncak langit, tidak terhalang daripada penglihatannya sekalipun sehalus debu yang ada di bumi ataupun di langit, bahkan Dia mengetahui gerakan seekor semut hitam di malam yang gelap yang berjalan di atas batu licin yang berwarna hitam. [2]

Dia mengetahui bagaimana gerakan sebutir debu di tengah2 cakerawala ini. Dia Maha Mengetahui segala yang dirahsiakan atau disembunyikan. Mengetahui apa2 yang terlintas di dalam hati, apa2 yang tergerak dalam ingatan ataupun rahsia yang disembunyikan. Semua itu dimakluminya dengan sifat ilmuNya yang dahulu sejak azali. Sifat yang sedemikian ini telah dimiliki olehNya sejak azali. [2]

Dia adalah Tuhan yang Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya, Maha Adil dalam segala keputusanNya. Maka dari itu semua yang selain Allah, baik manusia, jin atau benda padat, yg dapat dilihat atau yg dapat dirasai, dengan kekuasaanNya, yakni yang dahulu tidak ada kemudian wujud, sbb sejak azali yg Maha Ada itu hanyalah Allah dan tidak ada yang lain. [2]

Ketahuilah, wahai hati. "Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." surah alHadid: 22-23

Maka dengan Maha Kuasa Allah dan Maha PenyayangNya, segala sesuatu yang buruk pada diri ini, Allah mampu untuk gantikan dengan kebaikan.

"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." surah alFurqan: 70

Berdasarkan ayat Allah ini, ia adalah suatu janji daripada Allah untuk hamba2Nya.

1. Kejahatan akan diampuni, kebaikan akan kekal.[3]

2. Allah limpahkan taufik dan hidayah untuk taat dan jauhi laranganNya.[3]

3. Perangai diubah dari kejahatan menjadi kebajikan. Tabiat manusia itu tidak boleh diubah.

"Jika diberitahu kepadamu bahawa sebuah gunung telah berubah tempatnya, maka bolehlah kamu membenarkannya. Tetapi jika kamu mendengar bahawa perangai manusia itu berubah, janganlah kamu mempercayainya." hadis.

Yang boleh diubah ialah tujuan hati. Sebagai contoh, Saidina Umar alKhattab r.a adalah seorang yang keras, bengis dan kuat menentang. Ini adalah perangainya, sebelum beliau memeluk Islam, dia menentang Nabi dan Mukmin2 yang lain habis-habisan. Namun, setelah beliau Islam, tujuannya telah berubah, penentangannya bertukar terhadap musyrikin dan orang2 kafir. [3]

4. Allah melimpahkan taufik dan hidayah kepada diri untuk bertaubat dan menyesal. Kemudian Allah menerima taubat hambaNya.[3]

5. Dikurniakan pahala kebajikan lebih banyak dari kejahatan [3]

Wahai hati, lihatlah firman2 daripada Tuhanmu yang Maha Pengasih.

"Maka adapun manusia, apabila Allah mengujinya lalu memuliakannya dan memberi kesenangan, maka dia telah berkata "Tuhanku telah memuliakanku." Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata "Tuhanku telah menghinaku."" surah alFajr: 15-16

Lihatlah kebenaran firman daripada TuhanMu. Lalu Allah menyambung,

"dan kerana kamu mencintai harta(dunia) dengan kecintaan yang berlebihan." surah alFajr: 20


wallahu'alam.

p/s:

[1] kitab fath rabbani, nasihat-nasihat kerohanian, sheikh abdul qadir aljailani.

[2] ihya ulumuddin, imam alghazali.

[3]kitab fadail zikr, sheikhul hadis muhammad zakariyya.

cadang untuk dibuat sambungan, tapi eloklah kalau isi yang baru itu dibuat bawah tajuk baru.

Sunday, October 25, 2009

Kasih Seorang Kekasih - Full

Salam..

Suatu hari, waktu pagi.
Apabila hati tidak yakin akan ketetapan Allah dalam jodoh buat hamba2Nya. Aku berdoa,

"Ya Allah kurniakan aku suatu petunjuk dan ilham yang berguna buatku supaya aku lebih faham tentang sesuatu."

Kemudian,
1.
Aku berjumpa dengan seseorang lelaki yang sedang asyik bercinta dengan temannya. Aku bertanya,
"Apa kelebihan yang kamu dapat daripada percintaan sebelum kahwin ini?"
>Gembira, sebab boleh berkasih sayang, dicintai, disayangi, diambil berat.
>Ada teman yang sudi temankan kita, kongsi masalah, boleh diharapkan.
>Study sama2, bincang hal2 study.
>Boleh jalan2, shopping.
>Seronok, apabila ada orang sudi mengucapkan cintanya pada aku, ikhlas mencintai aku.

Kemudian, aku bertanya lagi.
"Mengikut kehendak hati itu memang menyeronokkan. Jujurlah, bgaimana dengan kelemahannya pula?"
>Bila merajuk, memang menyakitkan hati betul.
>Apabila hati mengharapkan kasih, masa dan perhatian, tetapi tidak terbalas, mudah sangat terasa. Mulalah nak berkelahi.
>Tak boleh study, tensen, serba serbi tak kena.
>Kena jaga hati, kena jaga kehendak dia sedangkan aku tak nak diganggu pada waktu itu.
>Ketahuilah, apabila aku melihat seseorang yg lebih baik dan cantik daripada dia, dan disebabkan batas2 yang ada antara aku dan dia, menyebabkan aku rasa menyesal, seharusnya aku mampu memiliki yg lebih baik.

Oh, aku mengerti.
"Ya Allah, ajarlah aku lagi."

2.
Setelah selesai solat, aku berdoa lagi,
"Ya Allah, aku teringatkan ibu bapaku, kurniakan aku suatu ilmu supaya aku lebih yakin."

Lalu datang seorang sahabatku, Ammar, mempelawa aku makan bersamanya. Dia melayan aku dengan baik, dicukupkan makanan dan minuman aku sehingga aku kenyang. Kemudian, dia menceritakan aku tentang kasih ibu dan bapa.
Dalam dalam hati, "Maha KuasaMu ya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang zahir dan tersembunyi."

Ridhwan,
>Kalau saya jadi awak, rumah dekat macam awak. Saya akan balik tiap2 minggu. Saya nak bersama dengan mereka selalu. Tapi, sekarang saya di malaysia.
>Kalau sibuk study pun, saya akan rancang masa study saya dan balik study dekat rumah.
>Sebab ibu bapa sentiasa mahu anak2 mereka berada di sisi, temankan mereka.
>kerana kasih sayang mereka itu, ibarat sepasang kekasih yang tidak mahu berpisah. Tetapi, bayangkan lah bagaimana kasih seorang ibu dan bapa berbanding seorang kekasih.
>Bila anak2 mereka jauh dengan mereka, jauh di dalam hati mereka itu terseksa. Mereka terseksa dengan kesunyian suara dan tawa anak2 mereka.
>Kerana tidak mahu menyebabkan anak2 mereka yang sedang belajar dan bekerja terganggu dengan perasaan mereka, ibubapa telan semuanya demi kasih sayang terhadap anak2.
>Jagalah hati mereka, jangan buat mereka sakit disebabkan kita. Kerana, apabila seseorang hamba membuat Allah murka, Allah akan menunda sehingga hari kiamat, tetapi apabila marah seorang ibu dan bapa, Allah tidak akan tunggu. Di balas di dunia ini juga, byk kisah kita dengar.
>Ingatlah, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.
>Selepas Allah, ibu dan bapalah menjadi tanggungjawab kita.

Hati aku sebak, aku mahu segera balik. Mahu jumpa mereka. Selepas usai solat jemaah, aku terus berdoa,
"Ya Allah, ampuni dosa2ku, aku mahu pulang ke rumah, permudahkan urusanku wahai Tuhan yang Maha Memudahkan."

3.
Sebelum aku bergerak balik, aku berjumpa dengan seorang sahabat yang alim, Zuhair. Seorang yang muda,baru habis 6 tahun di afrika belajar ilmu agama. Dia bersyarah, dengan mafhumnya,

"Wahai sahabat ku, sabarlah dengan sifat kemudaan kamu. Seorang pemuda, hati mereka sentiasa mahu mengikut hawa nafsu melainkan mereka yang mendapat rahmat daripada Allah. Bergembiralah sesiapa yang sentiasa memelihara diri mereka daripada sebarang dosa2 dan sentiasa ingin mengikut perintah Allah. Perjalanan hidup mereka ini tidak ubah seperti perjalanan kenabian. Bagaimana seorang nabi, sejak kecil dan muda, sentiasa taat pada perintah Allah, sentiasa berbuat kebajikan dan meninggalkan maksiat. Golongan ini akan bangkit di akhirat kelak bersama nabi2 di dalam syurga bersama rahmat dan redha Allah."

Alhamdulillah, aku bertambah yakin dan bersemangat dalam kesabaranku. Aku dalam perjalanan mencintai Allah dan Rasulku, mengapa aku harus memilih perjalanan yang tidak seiring dengan mereka.

4.
Kini, aku mahu bergerak balik ke ipoh. Aku mahu balik dengan bas, kerana tidak mahu menyusahkan ibuku walaupun dia bersedia nak ambil. Aku berdoa,

"Maha suci Allah yang Maha Memudahkan, yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang, ampuni dosaku yang lemah ini, tiada suatu pun makhluk yang berkuasa di atas muka bumi melainkan dengan rahmat dan kasihMu, berilah kemudahan ke atasku supaya aku menjadi hamba yang bersyukur kepadaMu."

>Dari bilik, seorang sahabatku sudi hantar sampai ke bas stand depan gate. Alhamdulillah.
>Di bas stand, tidak lama aku duduk, seorang lecturer mahu menumpangkan aku dengan BMW 5 seriesnya. Tapi dia sudah terlajak jauh ke depan, jalan besar depan UTP ni susah nak buat U-turn, so aku melambai sebagai isyarat tidak mengapa.
>Allah memudahkan aku lagi, beberapa minit selepas itu, seorang pemuda berhenti. Dia sudah terlajak ke depan, tapi dia reverse jugak sampai depan mata aku.
>Aku terus naik, dan dia tumpangkan aku sampai ke station bas medan kidd ipoh(bas tambang).
>Dalam kereta, kami sembang2. Dia bekerja syarikat sendiri berkenaan solar dan mechatronics circuit. Alhamdulillah, tepat sangat dengan projek ETP(engineering team project) yang tengah aku buat, tak lari sikit pun. Banyak aku faham daripada dia.
>sampai di medan kidd, aku tak sempat nak duduk lebih 5minit pun, datang bas tambang nak ke rumah aku. alhamdulillah.
>akhirnya sampai di rumah aku dengan selamat. Alhamdulillah.

Wahai ibu, wahai bapa, dengan ilmu dan ilham daripada Allah, bertambah kasih sayang, dan semakin cinta aku pada kalian. Semakin kuat dan kerap aku berdoa, kesejahteraan, keselamatan, dan keampunan buat kalian di hadapan Allah. Izinkan anakanda berjauhan sebentar daripada kalian untuk menimba sebanyak mungkin ilmu, agar kepulanganku akan membawa taufik dan hidayah buat kita sekeluarga. Semoga anakanda semakin faham dan diberikan kekuatan daripada Allah untuk mengamalkan ilmu2 itu,

"kerana wahai ibu dan bapa, aku mahu hidup selamanya dengan kalian. Seorang yang beriman, tidak akan mati, cuma bertukar alam."

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapa kami, dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami ketika kecil, berikan mereka rahmat dan redhaMu untuk kekal dalam taufik hidayahMu, mendapat keselamatanMu di hari akhirat dan dikurniakan kenikmatan syurga.

Sunday, October 4, 2009

Wahai hati, hayatilah..

Satu post yang agak panjang, yang dikumpul hari demi hari. Alhamdulillah, ku panjatkan setinggi2 kesyukuran ke hadrat ilahi di atas limpah kurniaNya, dan dalam masa yang sama aku pohon dengan penuh harapan agar dosa2 ku diampunkanNya, sungguh Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya. Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." surah alHadid: 20

Wahai hati, renungilah..
Jangan kamu mencintai dunia, sungguh ia adalah dosa besar di sisi tuhanmu. Dan tanda2 cinta dunia itu sangat mudah dilihat:
1. Menganggap beribadah kepada Allah sebagai beban.
2. Menganggap menuntut ilmu syariat(fardhu ain) sebagai kegiatan yg menyusahkan.
3. Menganggap bersedekah dan beramal itu adalah pembaziran.
4 Berasa susah hendak bangun pada akhir malam bagi mengerjakan solat.
5. Menganggap membayar zakat itu mengurangkan kekayaan.
6. Menganggap harta dan kekayaaan sebagai milik peribadi.
7. Menganggap bekerja setiap hari sebagai usaha membina kehidupan.

"Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda: Ketika seorang hamba melakukan dosa, timbul satu noktah hitam di hatinya. Apabila dia terus berbuat dosa, noktah hitam itu semakin banyak lalu menutup hatinya sehingga ia menjadi karat." hadis laporan Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi.

Sungguh, dosa2 umat akhir zaman telah menggegarkan 'arasy Allah Azza wa Jalla. Kerana pengakuan keislaman mereka tidak langsung ditunjuk dalam segala aspek.. Lihatlah, percakapan, perlakuan, pengakuan dan perbuatan seperti tiada tuhan yang memberikan syariat. Mereka memohon kebaikan, namun dibalas dengan dosa dan maksiat.

"Wahai anak Adam, kebaikanKu itu turun kepadamu, dan kejahatanmu itu naik kepadaKu." hadis qudsi.

Ketahuilah, islam itu tersebar atas lima perkara:
1. Jihad(kecil dan besar) fi sabilillah.
2. Ibadah
3. Muamalat
4. Muasyarat
5. Akhlak

"Apa yang mereka kerjakan itu menutupi hati mereka." alMutoffifin: 14.

Bersegeralah kamu menuju kepada Allah dengan hatimu. Bergantunglah kepada rahmatNya sehingga dunia terkeluar daripada hatimu dan hati menjadi bersih daripada segala sesuatu selain Allah. Semoga hatimu dipenuhi dengan keimanan dan makrifat kepadaNya dan semoga Allah memberimu keyakinan serta melembutkan hatimu. Seterusnya, Allah menyibukkan anggota badanmu dengan ketaatan kepadaNya. Rendahkanlah hatimu di hadapanNya. (1)

Pemahaman syariat dengan akal tanpa amalan hati tidak mungkin mendekatkan diri kita kepada Allah, walaupun selangkah. Ini kerana perjalanan menuju Allah adalah perjalanan hati. Kedekatan dengan Allah adalah kedekatan hati. Hakikat amal adalah menjalankan syariat dengan anggota badan dan bersikap tawaduk kepada hamba2Nya, hanya kerana Allah. (1)

"Orang yang arif adalah orang yang tidak melihat satu pun hak dirinya ke atas orang lain dan dia tidak memperlihatkan sedikit pun kelebihan dan kebaikan dirinya kepada orang lain. Ini kerana keberadaan dirinya hanyalah untuk Allah. Apa sahaja kebaikan yang dilakukannya adalah kerana kehendak Allah semata-mata." Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Apabila dua pasukan iaitu nafsu dan akal sedang bertempur dalam diri, maka tiada jalan yang lebih tepat kecuali berlindung kepada Allah. Pasukan nafsu diperkuat oleh iblis dan syaitan sementara pasukan akal adalah kekasih Allah.

"Setiap anak Adam mendengar dua bisikan, satu bisikan daripada syaitan dan satu bisikan daripada malaikat." hadis laporan Ibnu Masud.

"Apabila syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." surah Fussilat: 36

Wahai hati, bersabarlah dan pohonlah perlindungan daripada Allah. Sungguh, yang buruk itu adalah kerana bisikan syaitan dan kelemahan nafsu sendiri. Kekalkan zikrullah di dalam dirimu, dan jangan jadikan hawa nafsu sebagai raja.

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksa yang pedih." surah Ibrahim: 22

Aku(akal) berharap kelak, apabila malaikat maut mencabut roh kamu yang berada dalam keadaan beriman dan mentauhidkan Allah yakni mengesakan Allah, iblis dan syaitan akan takjud dan hairan bagaimana hamba Allah ini boleh selamat daripada tipu daya mereka yang tidak terbatas di dunia ini. Kemudian para malaikat membawa roh mu naik ke atas langit, lalu malaikat itu berkata, "Maha Suci Engkau ya Allah, alangkah bertuahnya hambaMu ini. Bagaimanakah dia dapat diselamatkan daripada perangkap iblis dan syaitan?"

Wahai Ridhwan, tidakkah kamu ketahui. Manusia itu lebih dimuliakan Allah lebih daripada malaikat. Lalu, malaikat bertanya, mengapakah boleh terjadi sedemikian? Kerana 3 perkara.
1. Manusia ada unsur yang berlawanan. Bagaimana ketaatan, lawannya kemaksiatan. Kemaksiatan itu adalah keinginan hawa nafsu yang sudah sebati dalam diri manusia, bagaimana dia masih boleh taat kepada Tuhan? Bukankah dia harus melawan kehendak nafsu?
2. Malaikat itu maksum, diciptakan Allah tanpa perasaan. Bagaimana manusia yang diciptakan kedua2nya, akal dan nafsu? Bukankan itu merumitkan melainkan dgn izin Allah.
3. Malaikat beramal setelah mereka mengetahui dan melihat alam akhirat, sedangkan manusia beramal tetapi sikitpun mereka tidak pernah melihat alam ghaib itu.

Bukankah, kamu adalah umat yang terbaik di antara umat2 yang diciptakan Allah? Sungguh, umat Nabi Muhammad adalah umat yang terbaik, namun ia hendaklah seiringan dengan menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wahai hati, tika ini, aku benar2 mengajak kamu kepada kebaikan di sisi Allah. Janganlah kamu berfikirkan keburukan. Tidakkah kamu ketahui,

"Sesungguhnya Allah s.w.t, para malaikat serta penghuni langit dan bumi hinggakan semut di dalam lubang& ikan yu yang berada di dalam lautan, semuanya memohon rahmat untuk mereka yang mengajar orang ramai kepada kebaikan." hadis riwayat Tirmizi.

Tidakkah kamu berfikir secara hikmah? Sebelum Allah memusnahkan selepas Dia menciptakan sesuatu kaum, maka Tuhan yang Maha Pengasih tidak sama sekali akan menghancurkan tanpa memberikan sebarang petunjuk kepada kaum itu. Dia utuskan Rasul untuk membawa mereka kepada jalan yang lurus yakni ke syurga kurniaanNya. Lihatlah kaum2 sebelum Nabi Muhammad. Namun, tidakkan kamu berfikir, setelah kewafatan Nabi yang tiada Nabi selepasnya. Bukankah kiamat itu sudah dekat?

Namun, Nabi memberitahu bahawa Allah tidak akan hancurkan dunia ini selagi mana ada manusia yang berdakwah kepada jalan mengesakan Allah dan mencegah yang mungkar. Tidakkah kamu rasa, bagaimanakah perasaan makhluk2 lain, binatang2, tumbuhan2 dan malaikat2 apabila disebabkan usaha kamu, Allah tidak menghancurkan(merosakkan dan mematikan) mereka. Sungguh, haiwan dan tumbuhan adalah makhluk yang sentiasa berzikir(dengan zikir mereka sendiri) kepada Allah.

Sungguh, dakwah itu merupakan dugaan dan cabaran. Namun, hati orang yang mencari al-Haq, yang berani mengharungi semua rintangan dan menentang segala sesuatu yang muncul kemudiannya. Apabila pada suatu perjalanan dia merasa takut akan kerosakan, kebinasaan dan penganiayaan, maka tampillah keimanannya, lantas ia menimbulkan keberanian di dalam dirinya, dan api kekhuatiran serta ketakutan akan padam dengan sendirinya. Sebagai ganti, akan datanglah cahaya ketenteraman, kemanisan dan kebahagiaan daripada tuhanmu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku(untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong(agama) Allah," lalu segolongan dari bani israil beriman dan segolongan(yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang." surah asSaff: 14

Namun, kamu tidak akan ketahui semua ini jika tiada ilmu diakal. Tidakkah kamu seharusnya lebih bersyukur memiliki aku sebagai akalmu, wahai hati? Perjuangkanlah untuk mencari ilmu itu. Muaz r.a menasihati, "pelajarilah ilmu pengetahuan, kerana belajar ialah satu jalan takwa, mencari ilmu ialah satu ibadah, menelaah ilmu adalah satu tasbih, mengkaji ilmu adalah satu jihad, mengajar pada yang tidak tahu adalah satu sedekah dan memberitahu pada ahli adalah satu kebaikan."

Wahai hati, berpaling daripada Allah s.w.t setelah mengetahui hukum2Nya, bererti matinya agama, binasanya tauhid, musnahnya keredhaan dan keikhlasan. Maka, ketahuilah wahai hati, bersama kamu itu suatu nafsu yang mesti aku musuhi. Semua nafsu itu mesti dilawan, ditentang dan dijinaki. Aku(akal) dan kamu(hati) adalah di dalam satu badan seorang hamba yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah aku berlatih untuk memerangi nafsu itu, kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

"Sesungguhnya di dalam hati jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, dia adalah hati." hadis riwayat Imam Bukhari.

Barangsiapa yang mengikut hawa nafsu dan ingkar kepada perintah Allah, maka Allah menyediakan neraka Jahannam buat mereka, kecuali mereka yang Allah beri kurniaan kepada mereka. Maka, seorang mukmin akan berasa sedih, risau dan bimbang, bagaimana hendak melawan hawa nafsu dan godaan syaitan yang tanpa batas ini. Takut kepada neraka itu memutuskan hati orang mukmin, membuat wajah mereka pucat dan menyusahkan hati mereka. Apabila perasaan ini bersemayam di dalam jiwa mereka, maka Allah akan menyirami hati mereka dengan siraman air rahmat yang kelembutanNya, dan dibukakan bagi mereka pintu2 akhirat sehingga mereka melihat dan merasakan akan kebenaran yang dijanjikan.

"Takutlah engkau akan firasat orang mukmin, kerana sesungguhnya ia melihat dengan Nur Allah 'Azza wa Jalla." maksud hadis.

Memperbaiki diri itu, dalam melawan nafsu hanyalah dapat dilakukan dengan takwa, tawakal kepadaNya, mengesakanNya dan berlaku ikhlas dalam setiap amal yang dilakukan semata-mata keranaNya. Tanpa sikap2 ini, maka hati akan rosak. Sedangkan bagaimana hendak membina dan mengetahui kezahiran sikap2 ini walhal tiada ilmu disisi akalmu akibat dari kemalasanmu. Ketahuilah nafsu itu tidak ubah seperti anak kecil yang belum mempunyai akal. Bagaimana diri mesti belajar daripada seorang kanak2 dan menerima sesuatu daripadanya?

Ketahuilah, hati itu ibarat seekor burung dan sebentuk berlian. Bagaimanakah seekor burung tanpa sangkar dan sebentuk berlian tanpa pengikatnya? Tidakkah burung akan terbang bebas(berbuat apa sahaja) dan siapa tahu akan ditembak mati. Tidakkah berlian akan jatuh jika tanpa pengikatnya dan menjadi perhatian si pencuri2. Kurunglah burung itu, berilah makan zikrullah, dan ikatlah berlian itu dengan takwa dan simpanlah ia dengan tawadhuk dan kezuhudan. Dengan demikian, maka sudah pastilah hilang sifat kebergantungan kepada makhluk kerana hadirnya hakikat takwa.

"Maka jika mereka tidak menjawab (tentanganmu), maka ketahuilah bahawa mereka hanyalah mengikuti keinginan mereka. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa mendapat petunjuk daripada ALlah sedikit pun? Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." surah alQasas: 50

Apabila kamu mampu menggembleng dan menundukkan nafsumu, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik. Sehingga ia mengikuti semua ketaatan dan meninggalkan semua kejahatan dan kederhakaan. Jadikan hawa nafsu itu laksana bumi yang berada di bawah tapak kakimu, atau laksana debu di tangan2 kamu.Maka, jadilah jiwa yang sentiasa berbuat kebaikan dan memperoleh ketenangan.

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada tuhanmu dengan penuh redha dan diredhaiNya, maka masuklah kamu ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu." surah alFajr.

Adapun, tanda2 seseorang itu telah beroleh kebaikan ialah:
1. lidah yang sentiasa basah berzikir kepada ALlah.
2. hati yang sentiasa bersyukur.
3. Anggota badan yang sentiasa menahan penderitaan.
4. isteri yang tidak mengkhianati maruahnya.

Wahai hati, semua ini adalah mukadimah atau pengenalan kepada kebaikan. Ingatlah, aku(akal) sentiasa diberati dengan ilmu2 untuk difikirkan dan direnungi.

"Ilmu itu bersuara dengan amal, jika engkau memperkenankannya( menjawab seruannya), jika tidak, maka ilmu akan pergi (hilang dari dadamu)." maksud hadis.

Oh, alangkah kamu tidak ketahui wahai hati, perumpaan seorang yang tidak beriman(beramal soleh dan yakin dengan hari akhirat) adalah seperti seorang yang telah mati. Sedangkan seorang mukmin itu hidup di sisi Allah. Janganlah kamu berpaling daripada syariat tuhanmu, dengan mengikuti hawa nafsu dan syaitan(yang derhaka). Firman Allah, dalam hadis qudsi.

"Yang mula-mula sekali mati dari kalangan makhluk-makhluk-Ku adalah iblis." hadis qudsi.

Maka, orang kafir dan musyrik adalah mati di sisi tuhanmu. Orang munafik dan fasik adalah pendusta agama dan tuhanmu. Adapun syaitan adalah musuhmu dan musuh bapamu, nabi Adam. Maka wahai hati, janganlah kamu berasa suka(gembira, mengkagumi dan mengangkat darjat) dengan mereka. Sungguh, iman adalah kesucian dan kederhakaan(pada ALlah) adalah kekotoran. Janganlah kamu bersahabat(baik) dengan mereka, dan jangan pula kamu jauhi mereka sejauh2nya. Barangkali, kebaikanmu akan menarik mereka kepada mentauhidkan Allah.

"Andaikata Allah memberikan hidayah kepada seseorang hasil dari usahamu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada seluruh dunia dan segala isinya." hadis riwayat Imam Ahmad.

Barangsiapa kafir, maka ia mengikut jejak langkah iblis yang derhaka kepada Allah. Mereka ini adalah orang yang hidupnya tidak sedikit pun diberkati, tidak diberi pahala kebaikan dan nerakalah tempat kembali mereka. Oleh itu, mengapakah seorang yang beriman mahu mengikut jejak langkah ahli neraka? Wahai hati, janganlah kamu terpedaya dengan perilaku dan dakyah mereka, jangan membudayakan budaya kafir, membahasakan dengan bahasa kafir(kesat), memakai pakaian yang sama seperti seorang kafir dan bercita2kan seperti cita2 seorang kafir.

"Katakanlah (Muhammad), 'Wahai orang-orang kafir! aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah." surah alKafirun: 1-3

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang buruk, mereka berpaling darinya dan berkata, 'Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, semooga selamatlah kamu, kami tidak (ingin) bergaul dengan orang-orang yang bodoh." surah alQasas: 55

Aku(akal) akan sentiasa melaksanakan tugasku, mengajak kamu kepada amal soleh(sentiasa berbuat kebaikan) supaya terjaga muamalat, muasyarat dan akhlakmu ketika bersama mereka. Penjarakan mereka dan berikan hak mereka yang bersifat asasi kerana kasih sayang kamu adalah untuk sesama mukmin. Tundukkanlah mereka dengan kesungguhan dan ketekunan.

"Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri, (yaitu) orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya. Kami telah menyediakan untuk aorang-orang kafir azab yang menghinakan." surah anNisa: 36-37

Wahai Ridhwan, tahukah kamu apakah kamu tidak tahu apakah maksud dan hakikat di sebalik namamu? Dengan kasih sayang daripada Tuhan, Dia telah menggerakkan seseorang untuk mengajarmu ertinya(Ridhwan), sedangkan ia tidak tahu menahu apakah yang telah kamu lalui. Wahai diri, apabila Tuhan mengkehendaki hamba2Nya untuk melakukan sesuatu, makaDia akan menciptakan persediaan bagi mereka untuk mereka mencapai sesuatu. Berfikirlah secara hikmah, Tuhan mengkehendaki dirimu berjalan di atas muka bumi ini dengan penuh hikmah, maka Dia persediakan kamu dengan suatu ujian terhadap kasih sayangmu. Ketahuilah,

"Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu, agar kamu bersyukur." surah alMaidah: 6.

Supaya kamu berfikir dan kesedihan itu pastilah akan memudahkan perjalanan hikmah ke dalam hati, bahawa segala makhluk adalah binasa dan di sisi Allah jualah lebih baik.

"Kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau sedangkan negeri akhirat itu sesunggunya lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?" al-An'am: 32.

Ridhwan, kata akarnya adalah redha. Dan redha membawa maksud menerima. Namun, secara amnya, semua manusia mempunyai redha dan menerima(sama ada musibah atau kurniaan) daripada tuhan mereka, namun ketahuilah wahai diri, hakikat Ridhwan itu membawa maksud kamu adalah seorang yang lebih menerima daripada insan2 yang lain. Kini, tidakkah kamu sedar, perasaan marah, kecewa dan hasad telah menjunam jatuh dan hampir2 sahaja hilang daripada dirimu. Kerana kamu telah mengetahui dengan lebih yakin akan hakikat qada' dan qadar, hakikat amal dan yakin serta hakikat dosa dan pahala. Oh, masihkah kamu mengharap selain daripada ini?

Bukankah kamu telah bermimpi suatu yang mulia?

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." surah alHadid: 22-23

Sesuaikan dirimu dengan kudratmu. Tidurlah kamu di bawah naungan takdir, berbantallah kamu dengan kesabaran, bersikap redhalah kamu terhadap takdir yang sudah ditentukan buat dirimu, beribadahlah kamu dengan selalu menanti dan mengharapkan kebahagiaan. Hina dan rendahkanlah dirimu kepada Allah, kepada kekuasaanNya, kepada takdir dan perbuatanNya. Kelak, Tuhan yang Maha Pengasihani pasti akan mencucurkan anugerahNya di luar jangkaan yang pernah kamu cari dan kamu dambakan. Dengan pertolongan dan harapan, bersabarlah bersamaNya. Ingatlah kepadaNya, janganlah kamu lalai daripada mengingatiNya dan jangan kamu sedar sesudah mati, kerana sudah tidak bermanfaat lagi.

"Di sana pertolongan itu hanya(datang) daripada Allah Yang Haq. Dia adalah sebaik-baik pemberi pahala dan sebaik-baik pemberi balasan." surah alKahfi: 44.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." surah azZumar: 10.

Jadilah kamu seorang mukmin yang dia tidur sebagaimana tidurnya suatu kaum, makannya sebagaimana umumnya mereka makan, ia mengalahkan pembicaraannya dan memilih bersikap bisu sebagai budayanya. Apabila, telah capai suatu tahap meyakini dengan keyakinan yang benar bahawa segalanya adalah takdir, maka kamu akan merasakan hanya dengan takdir Allah sahaja yang mampu membuat kamu berkata-kata. Dengan sedemikian, apakah terdetik lagi untuk berkata sesuatu yang sia2 dan berpanjang angan2?

"Sesungguhnya orang-orang yang berbalik (kepada kekafiran) setelah petunjuk itu jelas bagi mereka, setanlah yang merayu mereka dan memanjangkan angan-angan mereka." surah Muhammad: 25

Wahai hati, apabila suatu penyakit menimpa dirimu, maka terimalah ia dengan penuh kesabaran, dan tenanglah kamu sehingga datang ubatnya. Apabila ubat sudah datang, terimalah ubat itu dengan penuh kesyukuran. Apabila kamu mampu berbuat demikian, maka kamu akan berada dalam kehidupan yang tenang dan bahagia.

"Maka ingatlah kamu akan Aku, nescaya Aku(pula) akan mengingatimu. Bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu menjadi orang yang kafir." surah alBaqarah: 152

Orang-orang yang mencintai Allah itu diberiNya ujian, lantas mereka bersabar serta mempunyai semangat dan dorongan untuk melakukan kebaikan2 dalam keadaan mereka sedang menghadapi cubaab atau ujian itu. Ibarat seseorang yang terlalu mencintai seseorang wanita, maka dia sudah pasti akan memberikan fokus seratus peratus terhadap wanita itu. Sehingga apa yang dilihat buruk pada wanita itu, tidak dipedulikan dan dikatakan baik pada matamu. Begitu juga cinta pada Allah, apa sahaja ujian yang diberikan, sudah pastilah kamu yang beriman akan berfikir, inilah tanda2 Allah itu semakin kepadaku.

"Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, wahai Muhammad, katakanlah sesungguhnya aku berada dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepadaKu. Mereka hendaklah memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu supaya mereka memperoleh kebenaran." alBaqarah.

Wahai hati, ingatlah. Dunia ini mempunyai pengganti, iaitu akhirat. Makhluk juga mempunyai pengganti, iaitu khalik. Setiap kali kamu meninggalkan sesuatu di dunia ini, maka kamu akan memperolehi gantinya yang baru dan lebih baik di akhirat kelak.

"Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Dan barangsiapa berjihad, maka sesungguhnya jihadnya adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam." surah alAnkabut: 5-6

Wahai pendusta, kamu hanya mencintai Allah ketika kamu memperoleh nikmat. Sebaliknya, apabila datang suatu bencana atau cubaan kepada kamu, kamu segera lari, seakan-akan Allah itu bukan kekasihmu. Sedangkan, apabila suatu ujian atau cubaan daripada Allah, lalu kamu bertahan dan tabah menerimanya, maka kamu adalah seorang yang mencintai Allah dengan sebenar2nya. Sebaliknya, jika haluanmu berubah, maka jelaslah kebohonganmu, musnahlah perbuatan yang pertama dan berlalu entah ke mana.

"Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahawa mereka akan luput dari(azab) Kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu." surah alAnkabut: 2-3

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka." surah alBaqarah: 201.

Wahai hati, aku(akal) pohon kepadamu, janganlah kamu terlalu gembira dengan apa yang kamu perolehi, kerana ia adalah sesuatu yang akan musnah dalam waktu yang dekat. Janganlah kamu mengharap pada sesuatu makhluk, kerana sememangnya hakikat makhluk itu binasa, dan Allah itu Maha Kekal. Adapun perasaan kamu tika ini gembira, Maha Kuasa ALlah mampu mengubahnya dengan kesedihan dengan secepat yang kamu tidak sangkakan. Melainkan hati yang Allah telah beri kurniaan, yakni sifat syukur dan sabar. Jiwa yang berserah dan kembali kepada Allah.

"Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu(kesenangan) buat mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka. Kami akan merenggut daripada mereka dengan secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." surah al An'am: 44.

"Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan (rahmat) itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah(bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, ketika itu mereka berputus asa." surah arRum: 36

Wahai hati, kamu bukan diciptakan untuk kekal dan bersenang-lenang serta bergembira ria di permukaan bumi. Maka ubahlah apa2 yang dibenci Allah yang ada padamu, menjadi keredhaanNya.

"(Mereka) dalam siksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih, dan naungan asap yang hitam, tidak sejuk dan tidak menyenangkan. Sesungguhnya mereka sebelum itu(dahulu) hidup bermewah-mewah, dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa yang besar." surah alWaqi'ah: 42-47

Segala yang ada di sisi Allah itu akan kamu perolehi dengan kesabaran. Oleh yang demikian, Allah Taala menguatkan perintah untuk bersabar. Kemiskinan, kehilangan, bencana dan kesakitan itu tidak akan berkumpul dengan kesabaran, kecuali dalam hak orang mukmin.

"Dan orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan pertemuan denganNya, mereka berputus asa dari rahmatKu, dan mereka itu akan mendapat azab yang pedih." surah alAnkabut: 23

Wahai hati, adapun sifat seorang mukmin itu adalah suka dan mencintai amalan sedekah. Sifat terpuji Allah Maha Memberi, maka kamu menyukakan ALlah dengan memberi sedekah dari nikmatNya untuk mereka yang meminta(fakir, miskin, penghutang). Berilah kelapangan kepada orang2 miskin(atau sedekah jariah ke atas sesuatu) dengan sebahagian harta yang kamu sukakan itu. Janganlah kamu menolak orang2 yang meminta ketika kamu mampu memberinya sesuatu, baik banyak mahupun sedikit. Dan apabila hatimu keras untuk memberinya, bermakna tangis dan rayuanmu(doa2) itu kepada Allah adalah tidak ikhlas. Tidakkah kamu memahami sejarah2 dan perilaku sahabat2 Rasulullah?

"Dan mereka yang memberikan apa yang mereka berikan(sedekah) dengan hati yang penuh rasa takut (kerana mereka tahu) bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhannya, mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang lebih dahulu memperolehnya." surah alMukminun: 60-61

"Ya Allah, sungguh aku berharap kepada perlindunganMu, pertolonganMu dan redhaMu. Amin!"

Wahai diri terutamanya aku(akal), tatkala dikurniakan suatu ilmu kebaikan, maka syaitan akan hadir membawa 3 keburukan.
1. 'Ujub (kagum dengan diri sendiri)
2. Riak (menunjuk2 kelebihan diri sendiri)
3. Takabur (merasakan diri sendiri lebih baik daripada orang lain)

Hancurnya kebanyakan manusia kerana mereka sentiasa melakukan kesalahan dan maksiat. Hancurnya orang2 zuhud adalah kerana mereka mempunyai keinginan untuk bersenang2 dengan dunia. Hancurnya para wali Abdal adalah kerana hilang keikhlasannya. Hancurnya para siddiqin(orang yang jujur dan benar) adalah kerana fikir dunia.

"Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri. Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." surah Luqman: 18-19

Maka, pohonlah perlindungan Allah pada setiap masa dan ketika. Zikirlah di dalam senyap. Dalam kesunyian, kamu memerlukan suatu tindakan pencegahan, kamu memerlukan kewarakan yang akan mengangkat kamu daripada lembah kemaksiatan dan kesalahan, dan peliharalah semangat untuk melawan gelojak hawa nafsu, godaan syaitan dan rakan yang jahat. Celakalah, apabila lidah bertakwa sedangkan hati berada dalam kederhakaan, lidah bersyukur sementara hati berpaling.

"Dan tiadalah mereka disuruh, kecuali untuk menyembah Allah dengan ikhlas dalam(menjalankan) perintah agama." surah alBaiyyinah: 5

Wahai diri, nasihatilah akal dan hatimu sendiri terlebih dahulu, sebelum kamu menasihati orang lain. Janganlah kamu berlebih-lebihan menasihati orang lain, sedangkan diri sendiri masih terdapat sesuatu yang perlu dibaiki. Celakalah, sekiranya kamu tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan kamu buta(tidak peduli dengan kemaksiatan diri sendiri). Bagaimana mungkin seorang buta dapat menuntun orang lain, sedangkan orang yang menuntun itu semestinya orang yang boleh melihat. Yang paling di antara kamu, ialah seorang perenang yang mahir dan dapat membawa seseorang kepada Allah. Bagaimana perenang disebalik mempunyai penglihatan yang baik, dia mempunyai tenaga yang banyak, kemahiran yang cukup dan dapat melawan arus ombak yang kuat.

"Maka adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan kebajikan, maka mudah-mudahan dia termasuk orang yang beruntung." surah alQasas: 67

Ketahuilah, bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaan dengan taubat yang tulus. Kemudian, pucukkanlah sifat malu kepada Allah, bukan hanya kiasan atau ucapan bibir semata2 supaya kita peroleh hakikat taubat yang ikhlas. Ingatlah, taubat adalah perbuatan hati, setelah sucinya anggota badan dengan amal2 syar'i terlebih dahulu. Hendaklah orang mempunyai hati itu, ketika anggotanya beramal, hatinya juga turut beramal.

"(iaitu Tuhan) yang menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku." surah as Syu'ara: 78

Wahai diri yang merupakan seorang hamba kepada Tuhan yang Maha Esa. Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat. Jadikanlah kedua2nya itu dalam wadah yang sama, dan apabila menyendiri kepada tuhanmu, bawalah hati yang suci bertelanjang, tanpa dunia dan akhirat kepadaNya. Janganlah kamu menghadapNya, kecuali kamu telah ketepikan segala perkara keduniaan dan kepentingannya.

"Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali adalah untuk beribadah(kepada ALlah)." maksud firman Allah.

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." sural alQasas: 77

Kemudian, bertebarlah kamu keseluruh muka bumi dengan redhaNya. Namun, wahai hati. Aku(akal) berpesan kepadamu, janganlah cita2mu hanya sekadar pada yang kamu makan dan minum, pada yang kamu pakai dan kamu kahwini, pada yang kamu diami(rumah) dan kamu kumpulkan(harta). Kerana semuanya itu hanyalah cita2 hawa nafsu dan naluri insaniyah. Walhal, hal ini telah berleluasa pada setiap insan mutakhir ini. Inilah umat akhir zaman dan umat yang akan mengalami apa itu hari kiamat.

"Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan (yang baik, yakni syurga) itu bagi orang-orang yang bertakwa." surah alQasas: 83

Hakikat hidup adalah untuk beribadah pada Allah dan mati dalam iman. Ketahuilah, di dalam dunia ini tidaklah ALlah memberi ujian pada seseorang hamba hanyalah dengan bencana, kesakitan dan musibah. Di berikan ujian berbentuk kemiskinan dan harta supaya kamu tergolong dalam golongan orang2 yang berfikir. Janganlah kamu sedih atau membuta tuli dengan harta yang bersifat sementara. Dan janganlah sama sekali berasa iri hati terhadap nikmat Allah pada seseorang. Ketahuilah, hasad hanyalah akan meluputkan kebaikan dan keikhlasan kamu.

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (kerana) bagi laki-laki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan(pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." surah anNisa: 32

Sedarlah, Allah telah punya rancangan terhadap seseorang hamba. Ditentukan,
1. Rezeki
2. Jodoh
3. Maut
Maka janganlah membuta tuli mencari seperti tidak mempercayai qada' dan qadar dan merasakan Allah itu tidak mampu dalam kekuasaanNya. Sungguh, aku berlindung dengan Allah dalam hal ini.

Wahai diri, jauhilah dosa2 besar sepanjang di dalam pengetahuanmu. Maka nescaya dengan kasih dan rahmat Allah, Dia mengampuni dosa2 kecilmu. Tiada apa yang lebih baik di dunia ini melainkan berjalan di atas muka bumi dengan redha Allah. Sungguh, di dalam perjalanan menuju tuhan, kamu(hati) akan aku(akal) ajak bersama2 berjuang denganku.

Perhatikan dan jadilah kamu,
1. Orang yang berfikir dalam perjalanan syariat.
2. Orang yang berzikir dalam perjalanan tariqat.
3. Orang yang bersabar dalam perjalanan hakikat.
4. Orang yang bersyukur dalam perjalanan makrifat.

Berdirinya kamu di atas bumi dengan syariat sebagai kulit, tariqat sebagai anggota dan makrifat serta hakikat sebagai hati. Jadilah seorang yang adil, yakni meletakkan sesuatu pada haknya, dan tidak berlaku zalim. Namun, tahukah kamu untuk bertindak dengan adil sekiranya tidak mengetahui(ilmu) mana satu yang hak dan yang batil. Maka itulah fekah, fardhu ain dan syariat.

"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu dan akan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia." surah anNisa: 31.

Adapun, apa yang saya tuliskan di atas adalah suatu pemahaman. Maka, bacalah dengan hati2 dan renungilah setiap kata2 itu. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah ke atas kita semua. Wallahu'alam. Aku sudi ditegur.

tamat buat masa ini.~

rujukan: alquran alKarim
kitab fath rabbani, sheikh abdul qadir aljailani.
Taubat, tasbih dan tahajud, zaini ali akbar.
kitab fadhail-amal, sheikh muhammad zakariya.
(1) kata2 oleh sheikh abdul qadir aljailani.